Kerjaya . Dana Ehsan Tiens
TGF

Dana Ehsan Tiens terbuka kepada semua pengedar Tiens di MALAYSIA serta BRUNEI, hanya pengedar yang menyertai dana ini layak menikmati manfaat daripadanya. Penyertaan dana ini adalah secara sukarela.

  • 1. Jumlah sumbangan
    • Setiap peserta menyumbangkan RM2 untuk setiap ahli yang meninggal dunia pada bulan tersebut melalui potongan bonus bulanan. Jumlah kutipan akan diserahkan kepada pewaris si mati. Jika terdapat dua kematian dalam satu bulan, RM4 akan dipotong dari bonus bulanan. Sumbangan tertinggi bagi satu bulan adalah RM20.
    • Semua peserta yang mempunyai bonus merupakan penyumbang sah. Jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah bonus yang diperolehi oleh PD dalam bulan tertsebut.
  • 2. Pengagihan Dana
    • Jika kurang dari 10 orang ahli meninggal dunia dalam satu bulan, setiap pewaris akan mendapat RM2 dari setiap peserta dana.
    • Jika lebih dari 10 orang peserta meninggal dunia dalam satu bulan, jumlah kutipan akan dibahagi sama banyak di antara pewaris.
    • Pengiraan jumlah Si mati dan jumlah pewaris yang layak menerima dana adalah berdasarkan pengiraan bulan kalendar.
    • Kiraan jumlah Dana yang dikutip ini akan berdasarkan pengiraan bonus bulanan.
  • 3. Pewaris
    • Setiap peserta dana hanya boleh menamakan seorang pewaris. Pewaris yang dinamakan mestilah mengikut nama sebenar di dalam kad pengenalan.
    • Pewaris mestilah keluarga terdekat peserta dana. Keluarga terdekat bermaksud :
       
      • Datuk nenek
      • Ibu bapa
      • Anak-anak
      • Pasangan suami isteri
      • Adik beradik
    • Seorang pewaris boleh dinamakan untuk lebih dari seorang peserta dana pada masa yang sama.
    • Penukaran nama pewaris mestilah dibuat secara bertulis di hadapan saksi dan tandatangan di dalam notis mestilah sama dengan tandatangan di dalam borang penyertaan dana yang diserahkan.
    • Jika peserta & pewaris meninggal dunia pada masa yang sama, ahli keluarga terdekat akan layak menerima dana tersebut.
  • 4. Syarat-syarat & Peraturan Kelayakan Dana
    • Mengekalkan jualan bulanan peribadi sebanyak 200BV untuk 12 bulan berturut-turut dari tarikh penyertaan dana atau sebelum tarikh kematian
    • Bagi peserta dana yang berumur 70 tahun dan ke atas perlu mengekalkan jualan bulanan peribadi sebanyak 300BV untuk 12 bulan berturut-turut selama setahun dan seterusnya hanya mengekal jualan peribadi bulanan sebanyak 200BV sahaja.
    • Jika pengekalan jualan bulanan terputus pada mana-mana satu bulan, jangkamasa kelayakan akan dikira semula. Sekiranya berlaku kejadian dimana perserta dana tidak dapat melakukan pembelian peribadi 200BV, dia juga dibenarkan melakukan pembelian di bulan berikutnya, tetapi hendaklah membeli sebanyak 3 kali ganda iaitu sebanyak 600BV/900BV , dan pada masa yang sama dia mesti memenuhi syarat minimum jualan personal 200BV untuk bulan tersebut
    • Terhad kepada urusniaga di Malaysia dan Brunei sahaja. Urusniaga di luar negara tidak akan diambil kira.
    • Jika berlaku kematian di mana pembelian peribadi BELUM DIBUAT untuk bulan tersebut, pewaris tetap akan menerima seperti yang telah di persetujui, tetapi sejumlah RM200 akan dipotong dari jumlah besar yang akan diterima dan digantikan dengan produk senilai yang sama.
  • 5. Penyertaan Rakan Kongsi/Syarikat Berdaftar
    • Semua peserta yang menyertai sebagai syarikat berdaftar atau bersama rakan kongsi mestilah menyerahkan notis untuk menyatakan nama peserta dan pewaris. Nama pewaris mestilah nama individu.
  • 6. Pengecualian
    • Dana ini hanya dikeluarkan atas kematian semulajadi atau kemalangan sahaja. Kematian akibat bunuh diri, penyertaan aktiviti berisiko tinggi, bencana alam & mereka yang menyertai kegiatan haram atau jenayah tidak layak menerima dana ini.
    • Dana ini hanya akan dikeluarkan kepada pewaris selepas pengesahan & sijil kematian diterima serta diluluskan oleh Majlis Eskekutif Dana.
  • 7. Tuntatan Dana
    • Apabila kematian berlaku, notis bertulis mestilah diserahkan kepada pihak Syarikat dalam masa 2 minggu berserta dokumen-dokumen berkaitan dalam masa 30 hari.
  • 8. Kebenaran untuk pengiklanan dan pencetakan
    • Semua peserta dan pewarisnya mestilah bersetuju dan mengizinkan syarikat Tiens Health Development(M) Sdn Bhd untuk menggunakan penyertaan mereka di dalam apa juga cara pengiklanan dan pencetakan
    • 5% daripada Dana Ehsan dalam bulan tersebut akan ditolakkan untuk kegunaan pengiklanan dan pencetakan.
  • 9. Hak Syarikat
    • Pihak syarikat berhak meminda sebarang syarat-syarat & peraturan tanpa sebarang notis terdahulu.
    • Jika berlaku apa-apa pertikaian semasa/ dalam bahan terbitan Syarikat, versi Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai rujukan.


TGF

TGF

TGF