Barangan Rumah & Penjagaan Diri


PEMBERSIH SERBAGUNA FLEXI DAZZLE

500ml

Sejenis pembersih serbaguna yang dapat menanggalkan minyak dan gris dengan mudah. Ia merupakan pembersih terbaik untuk menanggalkan kotoran degil dengan hanya satu semburan. Sesuai untuk digunakan di semua bahagian rumah terutama sekali di dapur dan di bilik air. Bebaskanlah rumah dan pejabat anda daripada kekotoran dengan pembersih mudah ini.
  • Membersih secara mendalam
  • Mengelakkan habuk
  • Kekilatan yang tahan lebih lama
  • Menghilangkan bau busuk
Sesuai di sekeliling dapur, bilik air, takung mandi, lantai berjubin. Memberi keputusan yang menakjubkan.


PEMBERSIH KACA CLEAN DAZZLE

500ml

Hanya semburkan sedikit daripada produokk ini untuk kesan yang tahan lebih lama. Sesuai untuk semua jenis kaca. Berkepekatan tinggi dengan kuasa penanggal kotoran yang degil. Sembur dan lapkan untuk kesan yang terbaik.
  • Untuk semua jenis kaca
  • Kilauan yang tahan lebih lama
[Kegunaan] Sesuai untuk semua jenis kaca


PENCUCI NATURA VEGE

500ml

Pencuci yang dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi dan selamat digunakan. Formulasi baru. Kekalkan kesihatan dan bebaskan diri anda daripada bahaya racun serangga. Semua sayur-sayuran akan menjadi selamat untuk dimakan selepas penggunaan Vege Wash sambil mengekalkan zat-zat yang diperlukan. Bertindaklah segera dan mulakan kehidupan baru tanpa bimbangan racun serangga.
  • Daripada ekstrak tumbuhan
  • Selamat & Berkesan
Decyl Glucoside:
  • Sejenis glukosa
  • Bahan semulajadu dari tumbuhan seperti pokok jagung dan kelapa
  • Tiada bahan kimia
  • Sungguh lembut, sejenis surfaktant bukan ionik
  • Boleh dicerai secara biologi
  • Diimport dari France. Telah mendapat kelulusan dari MHW (Ministry Health and Welfare) di Japun
  • Berkesan & tidak tosik
  • Memcahkan ikatan kimia dalam pesticide & bahan asing kimia
[Kegunaan]
a) Campurkan 5ml (1 sudu kecil) Pencuci Natura Vege kepada 5L air, rendam untuk 15 minit, kemudian bilas dengan air.
b) Untuk kegunaan terus, menitikkan 2 titik Pencuci Natura Vege dan gosokkan secara menyeluruh ke atas permukaan, kemudian bilas dengan air.


PENCUCI PINGGAN-MANGKUK DISH GLITTER

500ml

Cecair pencuci pinggan mangkuk yang menyerikan dan membersihkan pinggan-mangkuk anda. Sesuai untuk semua peralatan dapur dan pinggan-mangkuk anda. Berkepekatan tinggi dengan haruman limau kasturi yang segar di samping menanggalkan minyak dan gris yang degil. Bersihkanlah pinggan-mangkuk anda dalam hanya beberapa minit sahaja dan ianya pasti kelihatan berseri dengan Dish Glitter serta meninggalkan bau segar limau kasturi.
  • Berkepekatan Tinggi
  • Selamat sambil mengekalkan kelembapan tangan


PEMBERSIH LANTAI CLEAN & SHINE

960ml (Keharuman Lavender)

Wujudkan suasana segar di rumah dengan menggunakan Clean & Shine. Pembersih lantai yang diformulasikan secara unik dengan bau SEGAR Lavender. Dapat memberi kesegaran dan ketenangan kepada anda. Kepekatan yang tinggi untuk membersih dan melindungi lantai anda dengan berkesan. Mengekalkan kebersihan lantai di rumah anda dengan bau aromatik Lavender yang segar demi keselesaan.
  • Tindakan Anti-kulat & Anti-bakteria
  • Berkepekatan Tinggi
  • Membersihkan, Menyerikan & Bebas daripada kuman
[Kegunaan] Sesuai untuk semua jenis lantai


SERBUK PENCUCI KAIN SUN SHIELD


1Kg (Dengan Perlindungan tambahan UV)

Konsep terkini yang digunakan bukan sahaja menanggalkan kekotoran degil tetapi ia juga memberikan anda perlindungan UV, melindungi anda daripada pancaran matahari bahaya di samping menjadikan baju anda bersih berseri. Ditambahkan dengan UPF 30 (Faktor Perlindungan UV), ia melindungi anda daripada 97% pancaran UV yang merbahaya. Ia ditambah dengan kesan anti-kulat dan anti-bakteria untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan pakaian anda. Kuasa pekatnya memberikan anda kesan pembersihan maksimum, manakala “Dwi-Enzim” dengan penanggal jenis kanji dan protein menanggalkan lebih banyak jenis kekotoran. Agen gabungan meneutralkan mineral-mineral dalam air paip, membolehkan proses pembersihan lebih cekap dan memberikan perlindungan tambahan kepada pakaian anda! Pakailah baju anda dengan senyuman kerana anda tahu anda dilindungi daripada UV secara selamat.
  • Perlindungan UV
  • Pakaian menjadi lebih putih dan berseri
  • Tindakan Anti-kulat & Anti-bakteria
  • Anti pelekatan semula kekotoran pada pakaian semasa mencuci
  • Penghalang karat untuk mesin basuh atau butang logam
TINOSORB®FD-紫外线吸收體:
  • Menghalang UV-A dan UV-B ke atas kulit kita
  • Menyerap sinaran UV tanpa memudarkan warna kain
  • Baik untuk pakaian kapas terhadap suhu air yang berlainan
  • Melindungi pakaian
  • Membuat pakaian berwarna puthi lagi bersinar
  • Perlindungan terhadap UV makin bertambah
  • Sesuai digunakan dalam serbuk dan cecair
[Kegunaan] Cucian tangan atau mesin basuh.


UBAT GIGI HERBA TIENS

Membawakan anda gigi yang sihat dengan senyuman yang manis

Ubat Gigi Herba Tiens adalah kaya dengan alga merah, minyak tea tree, ekstrak kekwa dan fluorida yang bermanfaat ke atas penjagaan gigi yang sihat. Bahan pes halus dan silikon bergred tinggi melindungi enamel gigi sementara membekalkan fungsi pembersihan yang menyeluruh. Ia membantu mengurangkan plak gigi di mana plak gigi merupakan punca utama kerosakan gigi dan masalah gusi. Masalah gusi merupakan tahap pertama penyakit gusi, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi periodontitis. Ia juga membantu menghilangkan bau pernafasan yang tidak senonoh dengan menghapuskan bakteria yang terdapat dalam mulut.

Komponen aktif dalam produk:

Produk ini mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti alga merah, minyak tea tree dan ekstrak kekwa.

1) Alga merah: Ia memiliki ciri-ciri anti-virus dan anti keradangan yang kuat.

2) Minyak tea tree: Ia memiliki kesan anti-bakteria dan keastringenan yang ketara di mana ia membantu mengatasi gusi berdarah.

3) Kekwa: Ia membantu membersihkan toxin serta menjadikan gigi dan gusi lebih sihat.

4) Fluorida: Ia membantu menguatkan enamel gigi.